Debat Kemerdekaaan 2009
Wednesday, September 2, 2009
Sempena program SALAM 09 (Sambutan Laungan Ambang Kemerdekaan),siri Debat Kenmerdekaan telah diadakan bagi melahirkan dan mencungkil bakat para mahasiswa yang bertempat di Universiti Malaya Nilam Puri pada 30 Ogos 2009.
Di pentas Akhir,dengan usul "Gagasan Satu Malaysia : Pemangkin Kemajuan Negara " menyaksikan pelbagai idea dan hujah yang bernas dan mantap di perwakilan kerajaan dan pembangkang.
Perwakilan kerajaan diwakili oleh :
1)Muhammad Zulfadli Bin Abdul Rahaman (Perdana Menteri)
2)Muhammad Talhah Bun Ajmain @ Jima'ain (Timbalan Perdana Menteri)
3)Mohd Fikri Bin Mad Arid (Menteri Kerajaan Pertama)
Manakala,delegasi pembangkang diwakili oleh ;
1)Muhammad Mustaqim Bin Malek (Ketua Pembangkang)
2)Azuhan bin Fauzi (Timbalan Ketua Pembangkang)
3)Muhammad Khairul Hafizie Bin Dahalan (Menteri Pembangkang Pertama)
Persidangan yang berlangsung selama 1 jam 30 minit itu menghangatkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 52.
Setelah berhempas pulas para pendebat ini berhujah ,akhirnya usul "Gagasan Satu Malaysia : Pemangkin Kemajuan Negara" ditolak dan dimenangi oleh perwakilan pembangkang.Pendebat Terbaik Siri Debat Kemerdekaan 2009 dianugerahkan kepada Ketua Pembangkang,Muhammad Mustaqim Bin Malek.
Syabas dan tahniah buat semua warga Universiti Malaya Nilam Puri atas segala sokongan padu yang diberikan..
"Salam Kemerdekaan Ke-52"
September 19, 2009 at 11:53 AM
salam aidilfitri. maaf zahir dan batin.
ikhlas dari,
sekretariat debat bm universiti tun hussein onn malaysia.
April 21, 2010 at 7:19 PM
mohon jawatankuasa Kelab Orator Nilam Puri kemaskini blog =)