Sekitar Perjalanan Debat Kepenggunaan Antara Sekolah-sekolah Menengah Negeri Kelantan  

Wednesday, March 25, 2009


Pasukan SMK Zainab (1)

Bersempena Karnival Pendidikan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri 2009,Kelab Orator & Puisi dengan kerjasama Pejabat Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna Negeri Kelantan telah menganjurkan pertandingan Debat Kepenggunaan Antara Sekolah-sekolah Menengah Negeri Kelantan.Sebanyak lebih 20 buah sekolah telah dijemput untuk menyertai pertandingan ini. Akan tetapi hanya 8 pasukan dari 6 buah sekolah sahaja yang menghantar penyertaan iaitu :

1.Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab (1)
2.SMU (A) Azhariah Melor
3.MRSM Jeli
4.MRSM Pengkalan Chepa
5.MRSM Pasir Tumboh.
6.Maahad Muhammadi (P) Pasir Pekan

Pertandingan yang berlangsung selama 2 hari ini bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada pengguna tentang hal-hal kepenggunaan secara langsung untuk memperkembangkan lagi dunia debat di peringkat sekolah negeri Kelantan di samping mempromosikan Pusat Asasi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri

Peringkat saringan membawa konsep kalah mati. Kemudian diikuti dengan peringkat separuh akhir dan perlawanan peringkat akhir yang menutup tirai Karnival Pendidikan APIUM 2009.


Pasukan MRSM Pengkalan Chepa...Baju biru 'penyibuk antarabangsa' haha...

MRSM Pengkalan Chepa yang dianggotai oleh saudari Nadiatul Afifah bt Ismail,NurSyafizan Amalina bt Rahamzan,Nurul Athirah bt Zulkifli dan saudara Muhd Fakhrur Radzi b.Bukhari telah merangkul johan dan membawa pulang hadiah wang tunai RM300 beserta piala iringan dan trofi serta sijil penyertaan. Saudari Nurul Athirah bt Zulkifli telah dinobatkan sebagai pendebat terbaik pada malam itu.


Pendebat-pendebat MRSM Jeli


Seterusnya naib johan telah disandang oleh MRSM Jeli yang dianggotai oleh
saudara Mohd Syamil b.Mohd Rozi, Muhd Syaqil b.Iberahim, Muhd Kamarul b.Setapa dan Muhd Nuh b. Nasir. Naib johan telah membawa pulang wang tunai RM200 beserta trofi dan sijil penyertaan.


Pasukan SMU (A) Azhariah Melor

Tempat ketiga disandang oleh SMU (A) Azhariah Melor. Kumpulan yang dianggotai oleh saudari Che Noor Hayati bt Che Malik,Siti Badriah bt.Mohd Yusoff,saudara Mohd Firdaus b.Mat Zain dan Muhd Arif b.Che Soh telah membawa pulang wang tunai RM100 beserta trofi dan sijil penyertaan.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


DEBAT KEPENGGUNAAN 2009  

Wednesday, February 25, 2009

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Malam Mahabbah  

Sunday, February 15, 2009



Persembahan berbalas pantun antara saudara Nazri dan saudari Khadijah telah membuka tirai majlis Malam Mahabbah Kelab Orator & Puisi APIUM pada malam itu. Terima kasih kepada keduanya kerana berjaya mempersembahkan persembahan yang cukup menceriakan majlis walaupun kurang persediaan.



Kemudian disusuli oleh persembahan mendeklamasi sajak Aman Palestin oleh saudara Badrulzaman. Untuk pengetahuan umum saudara badrulzaman telah merangkul tempat ketiga dalam Pertandingan Mendeklamasi Sajak Ambang Merdeka Universiti Darul Iman pada semester lepas.


Siswa kelab Orator...



Siswi kelab Orator...


Ucapan kata-kata aluan dan taklimat aktiviti dari Presiden Kelab saudara Hazwan.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


IKLAN MALAM MAHABBAH  

Wednesday, February 4, 2009

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


UM-Johan Debat Kefahaman Islam (IKIM)  

Thursday, January 22, 2009


Tahniah kepada pasukan debat Universiti Malaya (UM) berjaya mempertahankan kejuaraannya dengan menjadi Johan Pertandingan Debat Kefahaman Islami antara IPT Kali ke-6 anjuran IKIM baru-baru ini apabila mengalahkan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan gagasanj usul KEGANASAN DUNIA AKIBAT SALAH TAFSIR JIHAD.UM telah menjadi johan 2 kali iaitu pada tahun 2005 dan 2007.Saudara Ali Asyraf Mohamed dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik.

Sebagai johan, UM menerima hadiah wang tunai sebanyak RM 15000.00, geran berjumlah RM 10000.00 untuk kelab debat, Piala Pusingan, buku-buku terbitan IKIM, langganan majalah e@Siswa selama 3 bulan terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, dan sijil penyertaan.

Pasukan UM diwakili oleh Nur Izzati Wan Hanapi, Azri Zahier Azmi, Ali Asyraf Mohamed dan Mohd Zulfadhli Khairuddin. Manakala USIM pula menampilkan Ummu Umairah Azahari, Mohd Zaini Othman, Mohd Ikhwan Mohd Roseli dan Mohd Ridhuwan Remly.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


UPM Johan Debat Diraja 2008  

Sunday, December 14, 2008



TAHNIAH UPM...yang telah berjaya menumpaskan pasukan dari UIAM selaku tuan rumah dan juara bertahan.Saudara Amirudin dari UPM telah dipilih sebagai pendebat terbaik perlawanan akhir tersbut.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Usul - DEBAT DIRAJA 2008  

Tuesday, December 2, 2008


UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (28 NOV-3DIS)

POLITIK
1 Pembangkang Di Malaysia Tidak Bijak
2 Kemenangan Obama Memberi Kita Satu Petunjuk
3 Rumah Putih Cuma Bertukar Warna
4 Kita Tidak Bersatu Dalam Isu Kepentingan Negara
5 Pengunduran Musharaf: Sinar Buat Pakistan
6 Demokrasi Malaysia: Retak Menanti Belah
7 Krisis kehakiman diada-adakan
8 Dunia Perlukan Kawalan Keselamatan Perairan Antarabangsa
9 Barisan Nasional Perlu Menjadi Satu Parti
10 Politik Berteraskan Kaum Masih Relevan
11 Politik Malaysia Mengancam Perpaduan
12 Debat Politik : Pemimpin Kita Belum Bersedia
13 Dunia Sudah Tidak Perlukan Kuasa Veto
14 Sidang Damai Annapolis Adalah Penamatnya
15 Politik Malaysia Sudah Stabil
16 Mahasiswa Malaysia Matang Berpolitik
17 Mengiktiraf Kemerdekaan Kosovo Adalah Tepat





EKONOMI

1 Kawalan Harga Barang Hanya Ilusi
2 Sistem Perbankan Islam Jawapan Kepada Krisis Kewangan Dunia
3 Kenaikan Gaji Jawapan Kepada Inflasi
4 Halangan Perdagangan Antarabangsa wajar dihapuskan
5 ASEAN Perlukan Matawang Sendiri
6 Pengurangan Subsidi Minyak Adalah Tidak Wajar
7 Pasaran Terbuka Berat Sebelah
8 Air Asia Punca MAS Lemas
9 Sistem Bretton wood Perlu Diganti
10 Mahasiswa kita Boros

SOSIAL
1 Masalah Perkauman: Salah Media
2 Demi Perpaduan: Kebebasan Media Perlu Dikawal
3 Perpaduan Kita Terus Kukuh
4 Bloggers: Duri Dalam Daging
5 Bahasa Melayu Penyatu Bangsa Malaysia
6 Setelah 51 Tahun, Bahasa Melayu Semakin Dilupakan
7 Pindaan AUKU: Mahasiswa Sudah Bersedia
8 AUKU: Menyebab Mahasiswa Lesu
9 Krisis Makanan Global: Kita Sudah Bersedia
10 Pendidikan Kita Bertaraf Dunia
11 Sukan Adalah Medium Perpaduan
12 Generasi Muda Kita Patriotik
13 Semangat Kesukarelaan Kian Pudar
14 Industri Hiburan Tidak Tentu Arah
15 Kerjasama Antarabangsa Mampu Menyelesaikan Masalah Alam Sekitar Dunia
16 Perubahan Iklim Dunia Tanggungjawab Negara Dunia Ketiga
17 Pemimpin Politik Tidak Wajar Menerajui Persatuan Sukan

HUMOR / PERIBAHASA / UMUM
1 Hijau Perlu Kekal Hijau
2 Semut Sudah Setanding Gajah
3 Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi
4 Kerana Marahkan Nyamuk, Kelambu Dibakar
5 Berambut lebih baik daripada botak
6 Pisang sudah berbuah dua kali

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design by Amanda @ Blogger Buster