Debat Piala DYMM Sultan Zainal Abidin kali Ke-9  

Wednesday, September 2, 2009

Buat kali pertama pada 25-28 Jun yg lalu,Universiti Malaya Nilam Puri menghantar wakil pendebat untuk sama-sama memeriahkan lagi Kejohanan Debat Piala Sultan Zainal Abidin kali ke-9 yang bertempat di Universiti Teknologi Mara (UiTM),Dungun,Terengganu.
Universiti Malaya Nilam Puri yang diwakili oleh Muhammad Khairul Hafizie Bin Dahalan,Muhammad Mustaqim Bin Malek,Muhammad Talhah Bin Ajmain dan Muhammad Zulfadli Bin Abd Rahman sedia menjalan kan tugas mereka sebagai wajah-wajah baru arena debat intervarsiti malaysia.
Kejohanan ini menyaksikan pelbagai pertembungan dengan pihak lawan dari pelbagai universiti.Berikut adalah jadual persidangan pasukan Universiti Malaya Nilam Puri :

1)Usul : Kehidupan Artis Perlu Dihebahkan Kepada Media
Universiti Malaysia Pahang vs Universiti Malaya NP

2)Usul : Sektor Pertanian Penyelesaian Kepada Masalah Ekonomi
Universiti Malaya NP vs Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan

3)Usul : Masalah Alam Sekitar adalah Masalah Utama
Universiti Malaysia Terengganu (A) vs Universiti Malaya NP.

4)Usul : Kes Penculikan Kanak-kanak : Ibu bapa Wajar Dipersalahkan
Universiti Malaya NP vs Universiti Darul Iman Malaysia

5)Usul : Demonstrasi Wajar Diharamkan
Universiti Malaysia Terengganu (B) vs Universiti Malaya NP

6)Usul : Konsep Satu Malaysia adalah Jawapannya
Universiti Malaya NP vs Universiti Sains Malaysia

Walaupun di kejohanan ini Universiti Malaya Nilam Puri gagal ke pentas akhir namun syabas diucapkan kepada semua pendebat yang bertungkus-lumus dan berusaha sebaik mungkin.Lebih membanggakan Pendebat Universiti Malaya NP ,Muhammad Mustaqim Bin Malek berjaya mengungguli 2 kali gelaran pendebat terbaik pepanjang persidangan berlangsung.Walaubagaimanapun,kejohanan ini merupakan satu pengalaman yang berharga buat semua pendebat dan Universiti Malaya Nilam Puri itu sendiri.
Walaupun ketika persidangan berlangsung,seorang pendebat UMNP mengalami masalah kesihatan ,namun perjuangan tetap diteruskan bagi terus berdebat menyemarakkan lagi pentas yang unggul ini.
Sekalung syabas dan tahniah buat semua warga...

"BERANI BERSUARA BONGKAR KEBENARAN"

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


1 comments: to “ Debat Piala DYMM Sultan Zainal Abidin kali Ke-9

 

Design by Amanda @ Blogger Buster