Sekitar Perjalanan Debat Kepenggunaan Antara Sekolah-sekolah Menengah Negeri Kelantan  

Wednesday, March 25, 2009


Pasukan SMK Zainab (1)

Bersempena Karnival Pendidikan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri 2009,Kelab Orator & Puisi dengan kerjasama Pejabat Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna Negeri Kelantan telah menganjurkan pertandingan Debat Kepenggunaan Antara Sekolah-sekolah Menengah Negeri Kelantan.Sebanyak lebih 20 buah sekolah telah dijemput untuk menyertai pertandingan ini. Akan tetapi hanya 8 pasukan dari 6 buah sekolah sahaja yang menghantar penyertaan iaitu :

1.Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab (1)
2.SMU (A) Azhariah Melor
3.MRSM Jeli
4.MRSM Pengkalan Chepa
5.MRSM Pasir Tumboh.
6.Maahad Muhammadi (P) Pasir Pekan

Pertandingan yang berlangsung selama 2 hari ini bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada pengguna tentang hal-hal kepenggunaan secara langsung untuk memperkembangkan lagi dunia debat di peringkat sekolah negeri Kelantan di samping mempromosikan Pusat Asasi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri

Peringkat saringan membawa konsep kalah mati. Kemudian diikuti dengan peringkat separuh akhir dan perlawanan peringkat akhir yang menutup tirai Karnival Pendidikan APIUM 2009.


Pasukan MRSM Pengkalan Chepa...Baju biru 'penyibuk antarabangsa' haha...

MRSM Pengkalan Chepa yang dianggotai oleh saudari Nadiatul Afifah bt Ismail,NurSyafizan Amalina bt Rahamzan,Nurul Athirah bt Zulkifli dan saudara Muhd Fakhrur Radzi b.Bukhari telah merangkul johan dan membawa pulang hadiah wang tunai RM300 beserta piala iringan dan trofi serta sijil penyertaan. Saudari Nurul Athirah bt Zulkifli telah dinobatkan sebagai pendebat terbaik pada malam itu.


Pendebat-pendebat MRSM Jeli


Seterusnya naib johan telah disandang oleh MRSM Jeli yang dianggotai oleh
saudara Mohd Syamil b.Mohd Rozi, Muhd Syaqil b.Iberahim, Muhd Kamarul b.Setapa dan Muhd Nuh b. Nasir. Naib johan telah membawa pulang wang tunai RM200 beserta trofi dan sijil penyertaan.


Pasukan SMU (A) Azhariah Melor

Tempat ketiga disandang oleh SMU (A) Azhariah Melor. Kumpulan yang dianggotai oleh saudari Che Noor Hayati bt Che Malik,Siti Badriah bt.Mohd Yusoff,saudara Mohd Firdaus b.Mat Zain dan Muhd Arif b.Che Soh telah membawa pulang wang tunai RM100 beserta trofi dan sijil penyertaan.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


6 comments: to “ Sekitar Perjalanan Debat Kepenggunaan Antara Sekolah-sekolah Menengah Negeri Kelantan

  • Unknown
    July 4, 2009 at 1:07 AM  

    Kesian buat MRSM PC, dalam Debat MRSM, mereka kalah.. MRSM Batu Pahat telah menjadi johan! :)

  • Kelab Orator Raja Melewar
    December 6, 2009 at 3:35 PM  

    Salam.
    Kepada: Urusetia

    Saya merupakan penasihat Kelab Bahas & Debat Bahasa Melayu SMKA Tok Bachok Kelantan mengalu-alukan jemputan ke pertandingan yang akan datang. Kami mempunyai pendebat yang sentiasa bersaing di arena negeri semenjak 2006. Terima kasih

    Daripada: Syafiq Aiman syafiq_man@yahoo.com

  • SyaqiL~
    January 30, 2010 at 1:53 AM  

    tahniah buat MRSM kerana dapat menaikkan nama MRSM..Kepada MRSM batu pahat, jng berasa senang dengan keddkan anda..mungkin PC dan Jeli always bergabung untuk menentang anda!! go Jeli n PC..(debater Jeli 2009)

  • Syahmi~
    March 25, 2010 at 2:04 PM  

    sdikit pembetulan..for the debaters mrsm jeli..nama saya bkn syamil..tp MOHAMAD SYAHMI BIN MOHD ROZI..
    anyway...thniah kpd pembhs jeli 2010 sbb muncul johan..^^

  • Anonymous
    May 16, 2010 at 4:10 PM  

    ak xpuas atie ngan team batu pahat....especially yg bdk mlayu yg pakai cermin mata 2....enth sape ar name die...x dinafikan ar bdk 2 terer...td kerek gler...
    ----debater mersing---

  • Anonymous
    May 16, 2010 at 4:14 PM  

    weyh...korang lawan bpj ea????team ktorang pown penah lwn ngan dorng gak....terer gler seyh dorang....time 2 best debater dorang ainun n ad sorang bdk laki mlayu pakai spek old skool....x ingt ar nme die...ktorang kena tioaw gak ar ngan dorang...bdk laki 2....memang terer ar...xdinafikan dorang nie berkualiti....,<>>

 

Design by Amanda @ Blogger Buster