Sekitar Perjalanan Debat Kepenggunaan Antara Sekolah-sekolah Menengah Negeri Kelantan  

Wednesday, March 25, 2009


Pasukan SMK Zainab (1)

Bersempena Karnival Pendidikan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri 2009,Kelab Orator & Puisi dengan kerjasama Pejabat Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna Negeri Kelantan telah menganjurkan pertandingan Debat Kepenggunaan Antara Sekolah-sekolah Menengah Negeri Kelantan.Sebanyak lebih 20 buah sekolah telah dijemput untuk menyertai pertandingan ini. Akan tetapi hanya 8 pasukan dari 6 buah sekolah sahaja yang menghantar penyertaan iaitu :

1.Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab (1)
2.SMU (A) Azhariah Melor
3.MRSM Jeli
4.MRSM Pengkalan Chepa
5.MRSM Pasir Tumboh.
6.Maahad Muhammadi (P) Pasir Pekan

Pertandingan yang berlangsung selama 2 hari ini bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada pengguna tentang hal-hal kepenggunaan secara langsung untuk memperkembangkan lagi dunia debat di peringkat sekolah negeri Kelantan di samping mempromosikan Pusat Asasi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri

Peringkat saringan membawa konsep kalah mati. Kemudian diikuti dengan peringkat separuh akhir dan perlawanan peringkat akhir yang menutup tirai Karnival Pendidikan APIUM 2009.


Pasukan MRSM Pengkalan Chepa...Baju biru 'penyibuk antarabangsa' haha...

MRSM Pengkalan Chepa yang dianggotai oleh saudari Nadiatul Afifah bt Ismail,NurSyafizan Amalina bt Rahamzan,Nurul Athirah bt Zulkifli dan saudara Muhd Fakhrur Radzi b.Bukhari telah merangkul johan dan membawa pulang hadiah wang tunai RM300 beserta piala iringan dan trofi serta sijil penyertaan. Saudari Nurul Athirah bt Zulkifli telah dinobatkan sebagai pendebat terbaik pada malam itu.


Pendebat-pendebat MRSM Jeli


Seterusnya naib johan telah disandang oleh MRSM Jeli yang dianggotai oleh
saudara Mohd Syamil b.Mohd Rozi, Muhd Syaqil b.Iberahim, Muhd Kamarul b.Setapa dan Muhd Nuh b. Nasir. Naib johan telah membawa pulang wang tunai RM200 beserta trofi dan sijil penyertaan.


Pasukan SMU (A) Azhariah Melor

Tempat ketiga disandang oleh SMU (A) Azhariah Melor. Kumpulan yang dianggotai oleh saudari Che Noor Hayati bt Che Malik,Siti Badriah bt.Mohd Yusoff,saudara Mohd Firdaus b.Mat Zain dan Muhd Arif b.Che Soh telah membawa pulang wang tunai RM100 beserta trofi dan sijil penyertaan.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design by Amanda @ Blogger Buster