UM-Johan Debat Kefahaman Islam (IKIM)  

Thursday, January 22, 2009


Tahniah kepada pasukan debat Universiti Malaya (UM) berjaya mempertahankan kejuaraannya dengan menjadi Johan Pertandingan Debat Kefahaman Islami antara IPT Kali ke-6 anjuran IKIM baru-baru ini apabila mengalahkan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan gagasanj usul KEGANASAN DUNIA AKIBAT SALAH TAFSIR JIHAD.UM telah menjadi johan 2 kali iaitu pada tahun 2005 dan 2007.Saudara Ali Asyraf Mohamed dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik.

Sebagai johan, UM menerima hadiah wang tunai sebanyak RM 15000.00, geran berjumlah RM 10000.00 untuk kelab debat, Piala Pusingan, buku-buku terbitan IKIM, langganan majalah e@Siswa selama 3 bulan terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, dan sijil penyertaan.

Pasukan UM diwakili oleh Nur Izzati Wan Hanapi, Azri Zahier Azmi, Ali Asyraf Mohamed dan Mohd Zulfadhli Khairuddin. Manakala USIM pula menampilkan Ummu Umairah Azahari, Mohd Zaini Othman, Mohd Ikhwan Mohd Roseli dan Mohd Ridhuwan Remly.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design by Amanda @ Blogger Buster