Debat Piala Timbalan Pengarah 2008  

Thursday, September 11, 2008


Bermula awal Ogos yang lalu,Kelab Orator dan Puisi APIUM Nilam Puri telah mengadakan pertandingan saringan dan separuh akhir Debat Piala Timbalan Pengarah 2008. Dan alhamdulillah...pertandingan akhir debat telah berjaya dipentaskan di Dewan Johor pada malam 30 ogos yang lalu dengan gagasan usul "Perpaduan di Malaysia Semakin Kukuh Setelah 51 Tahun Merdeka".Usul ini dipilih bertepatan dengan tema kemerdekaan negara kita pada tahun ini iaitu "Perpaduan Teras Kejayaan".

Pihak kerajaan diwakili oleh saudara Zulfadli,Muhd Talhah dan Muhd Zikri manakala pihak pembangkang diwakili oleh saudara Muhd Baihaqi,hafizi dan Ahmad Firli.
Berikut merupakan keputusan Pertandingan Debat Piala Timbalan Pengarah 2008:

Pemenang : Kerajaan

Pendebat terbaik : Hafizi (pembangkang)

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Friday, September 5, 2008

Intipati Bajet 2009

KUALA LUMPUR: Berikut adalah intipati Bajet 2009, yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Dewan Rakyat, hari ini.



· Bajet 2009 menumpukan kepada langkah-langkah yang akan memastikan kesejahteraan yang telah dibina selama ini terus terjamin dan untuk itu adalah penting diperkukuhkan daya tahan ekonomi supaya negara berupaya menangani kesan persekitaraan luar yang semakin sukar.

· Bertemakan Kerajaan Prihatin, Bajet 2009 tertumpu kepada tiga strategi khusus iaitu, menjamin kesejahteraan rakyat, membangun modal insan berkualiti dan memperkukuh daya tahan negara.

· Kerajaan akan melaksanakan pelbagai langkah bertujuan meringankan beban kos sara hidup, terutamanya ke atas golongan berpendapatan rendah dan yang kurang bernasib baik.

JARINGAN KESELAMATAN SOSIAL

· Kerajaan telah menaikkan tahap kelayakan pendapatan isi rumah bagi pemberian bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kelayakan pendapatan isi rumah kini ditingkatkan daripada RM400 sebulan kepada RM720 sebulan untuk semenanjung, RM830 sebulan untuk Sarawak dan RM960 untuk Sabah.

· Menghargai jasa pesara, dan bagi membantu pesara berpendapatan rendah yang menghadapi kesukaran untuk menampung sara hidup harian, pesara kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan mulai 1 Jan, 2009.

· Kerajaan akan menubuhkan satu tabung khas berjumlah RM25 juta bagi menyalurkan pemberian kewangan kepada keluarga yang hilang punca punca pendapatan secara mengejut seperti akibat kemalangan.

· Memandangkan tanggungjawab besar ibu pelihara di Rumah Tunas Harapan, kerajaan telah menaikkan jumlah Elaun Ibu Pelihara daripada RM600 kepada RM1,000 sebulan. Kenaikan ini berkuatkuasa mulai 1 Sept, 2008.

MEMBASMI KEMISKINAN

· Kerajaan telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan daripada 5.7 peratus pada 2004 kepada 3.6 peratus pada tahun 2007.

· Kerajaan telah menyediakan RM50 juta dibawah Program Bantuan Rumah untuk membina 1,400 rumah baru dan membaik pulih 1,000 rumah.

· Usaha akan terus diambil untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup rakyat di Sabah dan Sarawak, terutama untuk mempertingkatkan kemudahan asas, seperti bekalan elektrik, air dan jalan luar bandar. Untuk ini, RM580 juta disediakan bagi Sabah dan RM420 juta untuk Sarawak.

· Isi rumah yang membayar bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan tidak perlu menbayar bil elektrik berkuatkuasa 1 Okt, 2008 sehingga akhir 2009.

MENINGKATKAN PENDAPATAN BOLEH GUNA RAKYAT

· Kerajaan cadangkan rebat cukai RM350 seorang yang diberikan pada masa ini, dinaikkan kepada RM400 bagi pendapatan bercukai RM35,000 dan ke bawah.

· Kerajaan cadangkan pendapatan faedah ke atas simpanan bagi individu dikecualikan cukai.

· bagi menangani kesan kenaikan harga barangan pengguna, kerajaan mencadangkan duti import ke atas beberapa barangan pengguna dikurangkan daripada di antara 10 peratus dan 60 peratus kepada di antara lima peratus dan 30 peratus.

· Kerajaan akan mengurangkan kadar cukai jalan kenderaan penumpang persendirian berenjin diesel milik individu dan syarikat supaya sama dengan kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol berkuat kuasa 1 Sept, 2008.

MENJAMIN KEBAJIKAN PEKERJA

· Kerajaan akan memberi pengecualian cukai sepenuhnya kepada eluan perjalanan pekerja antara rumah dan tempat kerja yang diberikan oleh majikan manakala pekerja yang menerima elaun perjalanan diberi pengeculian cukai sehingga RM2,400 setahun.

· Kerajaan cadang memberi pengecualian cukai kepada majikan keatas manfaat yang dinikmati pekerja seperti bantuan kadar faedah bagi pinjaman berjumlah sehingga RM300,000 perumahan, kenderaan bermotor dan pendidikan, telefon mudah alih serta bil telekomunikasi dan langganan Internet yang dibayar oleh majikan, nilai diskaun sehingga RM1,000 setahun ke atas barangan jualan syarikat yang ditawarkan kepada pekerja, nilai diskaun ke atas perkhidmatan yang diniagakan oleh syarikat yang ditawarkan kepada pekerja dan elaun penjagaan anak sehingga RM2,400 setahun bagi anak-anak pekerja.

· Pengecualian cukai keatas manfaat perubatan yang disediakan oleh majikan tidak merangkumi perbelanjaan materniti. Kerajaan mancadangkan memperluaskan pengecualian cukai kepada perbelanjaan materniti.

· Kakitangan kerajaan yang diberi kemudahan tambang pergi balik percuma sekali dalam tempoh dua tahun untuk mengunjungi wilayah asal iaitu diantara Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak, mulai 1 Januari 2009 boleh berbuat demikian sekali setahun.

MENAMBAH BAIK PENGANGKUTAN AWAM

· Jumlah bas RapidPenang akan ditambah dengan 200 bas lagi dan dengan ini perkhidmatan bas tersebut dijangka dapat diperluaskan lagi dengan 14 jaringan laluan baru.

· Untuk meningkatkan kecekapan pengangkutan awam, sebanyak RM35 bilion akan dibelanjakan dalam tempoh 2009 hingga 2014.

· Untuk memperluaskan lagi jaringan perkhidmatan rel bandar di Lembah Kelang, satu laluan LRT baru sepanjang 42km akan dibina dari Kota Damansara ke Cheras.

· Perkhidmatan rel komuter Keretapi Tanah Melayu Bhd akan dipertingkatkan.

· Kerajaan juga sedang membina terminal pengangkutan bersepadu di Bandar Tasik Selatan bertujuan menyediakan kemudahan kepada teksi dan bas antara bandar daripada kawasan selatan Semenanjung.

· Bagi menyediakan kemudahan kepada teksi dan bas antara bandar daripada kawasan utara Semenanjung, satu terminal pengangkutan bersepadu yang baru akan dibina.

· Menyediakan kemudahan pinjaman mudah melalui Dana Pengangkutan Awam RM3 bilion di bawah Bank Pembangunan Malaysia Bhd untuk membiayai perolehan aset bas dan rel

· Mengurangkan bayaran tol sebanyak 50 peratus bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam untuk tempoh dua tahun bermula 15 September 2008.

· Pengusaha semua bas diberi pengeculaian cukai jualan ke atas pembelian bas baru yang dipasang dalam negara.

· Selain itu, cukai jalan dikurangkan kepada RM20 setahun bagi semua bas dan teksi, termasuk kereta sewa dan limosin.

· Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat akan ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk merancang, mengintegrasi, mengawal selia dan memajukan sistem pengangkutan pengangkutan awam.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


TAHNIAH!  

Thursday, September 4, 2008





Tahniah kepada peserta pidato dan sajak Luahan Anak Merdeka Universiti Darul Iman Malaysia. Untuk pengetahuan umum Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri telah menyandang tempat ketiga bagi kategori deklamasi sajak dan saguhati bagi kategori pidato..tahniah sekali lagi diucapkan...

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design by Amanda @ Blogger Buster