MINDA KELAS PERTAMA  

Sunday, June 22, 2008

Menyedari pentingnya peranan rakyat bagi mengekalkan kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar, iaitu bukan sahaja merdeka daripada penjajah, tetapi merdeka dari aspek minda, bertanggungjawab dan semangat cintakan negara yang menebal dalam setiap rakyat Malaysia, maka Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah menggariskan Teras Dasar Pembangunan Modal Insan.

Beliau menegaskan ‘masyarakat berminda kelas pertama’ adalah masyarakat yang berpengetahuan, mampu berdaya saing, berbudaya kerja cemerlang, berintegriti, dan memiliki kekuatan moral. Masyarakat tersebut juga tahu menghayati dan menghargai budaya,kesenian dan warisan serta sejarah negara, bangsa dan agamanya. Identiti sosialnya terselah melalui pembinaan jati diri yang kukuh dan tidak mudah dihanyutkan oleh arus globalisasi. Prinsip-prinsip kepercayaan kepada tuhan, kesetiaan kepada Raja dan Negara sentiasa dijunjung.

Sehubungan dengan itu, anak-anak tidak hanya dihantar ke sekolah untuk mendapatkan segulung ijazah, tetapi tanggungjawab ibu bapa dan pendidik lebih besar, iaitu bagi memastikan anak-anak Malaysia menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat. Sesungguhnya pembentukan sahsiah diri perlu seiring dengan pendidikan dan pembelajaran yang diikuti sepanjang dunia persekolahan yang dilalui.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design by Amanda @ Blogger Buster